Monday, September 8, 2008

RUANG


Tuhan memberikan ruang dan udara,

Untuk kita menghambat kehidupan,

Biarpun aku dalam panas sinar mentarimu,

Malammu terlalu lembut dengan udara dingin,

Yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam.


Tuhan memberikan ruang dan udara,

Yang cukup panjang untuk kita,

Mendaki bukit-bukit harapan,

Sambil mencari ketentuan,

Yang terapung di mana-mana.


Aku berterima kasih,

Kerana kau telah menjanjikan,

Sesuatu yang tak dapat aku pastikan.

Boboy - Demi Masa






Demi Masa

Berbisiklah hatiku mengenangmu
Saat percintaan kita berlalu
Sepi mencengkam dalam hati
Menambah luka
Seandai ada aku keriangan

Hasrat menyentuh suria hidupku
Namun tersungkur menjadi debu
Tidak pernah terduga
Perubahan cinta kita
Diakhir hayat berpisah jua

( 1 )
Demi masa aku cuba menghalang semua itu
Hanya kerana kasih dan sayang
Biar percintaan ini terus bersatu
Berikan aku waktu membuktikan

Oh kekasih...
Aduhai kekasih...
Tiada aku jemu menantikan keputusan
Seandainya masih rindu hulurkanlah ku seloka
Puas ku tersiksa bagaikan terasa
Tidak bermakna lagi

( ulang dari 1 )

Ohhh...

This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it

SYAIR MUNGKIR JANJI


Tuan berjanji berpegang tangan,

Mengaku bersama menyingsing lengan,

Tidak peduli tegah dan jangan,

Umpama sungai tiada berhalangan.


Tetapi akhirnya apalah sudah,

Beberapa lama tangan menadah,

Rupanya tuan meluahkan ludah,

Umpama biawak bercabang lidah.


Tidakkah ingat tuan berkata,

Mahu bersama hina dan leta,

Daripada hidup berputih mata,

Biarlah tulang tercampak ke kota.


Tidak kusangka tuan tak ingat,

Umpama lebah membuang sengat,

Bila terasa api yang hangat,

Lekas benar tuan merengat.


Kalau begitu aku berpesan,

Riwayat kita hapuskan kesan,

Supaya tidak berhati bosan,

Hilang segala resah dan resan.

CINTA


Aku cinta padamu

Wahai laut yang bergelora

Kerana aku bisa belajar

Menjadi seorang jejaka

Yang tabah menerima cabaran



Aku cinta padamu

Wahai langit yang luas

Kerana aku bisa terbang bebas

Menjelajah dunia saujana

Antara batas dan tradisi


Aku cinta padamu

Wahai gunung yang tinggi

Kerana aku bisa menjadi

Seorang pendaki gagah

Yang tidak cepat menyerah kalah

MUTIARA KATA

“Setiap tugas adalah potret diri terhadap orang yang telah melakukannya. Autografkan kerja anda dengan kecemerlangan.”


“Kecemerlangan digambarkan secara terbaik dengan melakukan kerja sebenar dengan betul – memilih kerja yang paling utama untuk diselesaikan dan mencapainya dengan kejituan.”


“Jangkaulah ke tempat yang tinggi, kerana bintang-bintang sedang bersembunyi di dalam jiwa anda. Mimpilah dengan mendalam, kerana setiap mimpi mendahului sasaran kita.”


“Hidup adalah sebuah tragedi bagi mereka yang merasainya, dan sebuah komedi mereka yang terfikir tentangnya.”


“Seseorang manusia itu mampu melakukan apa sahaja sekiranya dia berkeazaman untuk melakukannya.”


“Disiplin diri adalah apabila suara hati anda memberitahu anda untuk melakukan sesuatu dan anda tidak membalasnya semula.”


“Manusia akan gembira apabila mereka mampu berfikir untuk menjadi gembira.”


“Kejayaan adalah satu hasil, bukannya satu saluran.”

Sunday, September 7, 2008

SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

Semalam…

Kau di sisiku menemani

Saat suka dan duka

Tetapi hari ini…

Aku keseorangan lagi

Kesepian…

Namun esok…

Belum menjanjikan kepastian

Adakah kau dan aku bersama

Untuk selamanya

Semalam…

Aku ceritakan suka dan duka

Kaulah pendengar setia

Tetapi hari ini…

Akulah penglipur lara yang hidup

Namun esok…

Tatkala mentari terbit

Kau tiada kunjung tiba

Semalam…

Kau tersenyum

Tetapi hari ini…

Aku menangis tiada kau di sisi

Namun esok…

Aku terus berduka

Kerna kau tiada lagi di sisi

Semalam…

Aku bermimpi

Kau hadir dalam diri

Tetapi hari ini…

Yang pasti itu ilusi

Namun esok…

Kau bukan milik ku tetapi hanya mimpi

Semalam…

Yang indah sudah berlalu

Tetapi hari ini…

Yang nyata hanya tinggal kenangan

Namun esok…

Hanya sejarah yang tidak mengerti

Semalam…

Aku terjaga dari lamunan

Tetapi hari ini…

Aku cuma berangan-angan

Namun esok…

Satu kenyataan

Yang pasti tak siapa yang tahu segala ketentuan

PERASAANKU PERASAANMU

Perasaanku perasaanmu,

Aduhai aku keliru,

Aku tak tau apa yang ku mahu,

Aku tak tau apa yang kau mahu,

Aku, kau dan persahabatan kita tak pun tak tau apa yang kita mahu,

Hanya satu yang ku tahu…

Yang aku dan kau pasti tentang itu,

Aku kau dan kita berdua ceria dan bahagia bersama sepanjang waktu,

Aku kau dan kita berdua harungi suka duka tanpa ada rasa jemu…

Tanpa ada cinta dikalbu…..

Walau hanya kenal pada nama, aku, kau dan kita tau bahawa inilah yang kita mahu…..

Menceria dan membahagiakan adalah tujuan utama kau dan aku….

INSAN DISAYANG

Sayang,

Masihkah kau mengingati,

Detik pertama pertemuan kita?

Detik itu,

Tak mungkin dapatku lupakan

Kau dan aku tersua dan mesra

Setiap kali bertemu di fantasi

Ada saja jenakamu

Mencuit rasa

Dan kini,

Aku ketawa bersamamu,

Bergurau senda,

Berjenaka

Semuanya bersamamu

Juga kita bersama-sama

Disaat duka melanda, menangis hiba

Memintal ikrar

Sehati sejiwa dalam persahabatan

Sayang,

Aku sentiasa mengharapkan

Ikatan ini kan berkekalan

Ukiran persahabatan yang terjalin kekal seadanya

Tanpa syak wasangka

Biar buruk pandangan orang

Kau dan aku kekal teman dan sahabat seiringan

SAHABAT

Salam kasih untuk sahabat

Yang bersusah kerana kesusahanku

Memberiku ruang hati

Mendengar keluh kesah disaat-saat aku getir

Memberiku keceriaan

Yang tidak berbelah bahagi

Salam kasih untuk sahabat

Yang mengajarku erti berteman

Dengan gelak tawa kata nasihat

Jiwa bersemangat mengharungi kehidupan

Berkat doamu para sahabat

Aku pernah tiba pada tempat

Di mana pujian murah

Cacian juga semakin cepat

Aku pernah tiba pada padang

Di mana kebenaran semakin jarang

Kini di sini aku berdiri

Dengan kaki peribadi sendiri

Pertemuan singkat denganmu sahabat

Walau di fantasi tak mungkin jadi realiti

Menghadiahkan padaku makna HAKIKAT

Kasih Sayang


Kasih sayang itu titik

Kasih sayang itu penghubung hati

Kasih sayang itu tali

Kasih sayang itu pengikat diri

Kasih sayang itu baja

Kasih sayang penyubur jiwa

Kasih sayang itu penawar, penguat cinta, penghapus duka

Kasih Manusia sering bermusim

Sayang Manusia tiada abadi

Kasih TUHAN tiada bertepi

Sayang TUHAN janjinya pasti

Kasih sayang pada semua

Kasih sayang sesama kita

Kasih sayang oh..Dunia

Moga Selamat di Akhirat sana