Tuhan memberikan ruang dan udara,
Untuk kita menghambat kehidupan,
Biarpun aku dalam panas sinar mentarimu,
Malammu terlalu lembut dengan udara dingin,
Yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam.
Tuhan memberikan ruang dan udara,
Yang cukup panjang untuk kita,
Mendaki bukit-bukit harapan,
Sambil mencari ketentuan,
Yang terapung di mana-mana.
Aku berterima kasih,
Kerana kau telah menjanjikan,
Sesuatu yang tak dapat aku pastikan.
1 comment:
wah sis hebatlah..sungguh indah katanya..
sis bro nak ajak nie jadi contributor
kat blog bro nie..siskan pandai madah2 nie..sis boleh lah sumbangkan 2 ke 3 madah sis kat blog bro..ok..fully bahasa punya ya..
email sis, bro nak invite sis..
Post a Comment