ini surat untuk awak,
kalau awak sudi baca,
awak baca yer,
kalau tak sudi,
ignorekan jer.
awak,
saya tak kenal awak,
tapi saya suka chat dengan awak,
saya pun tak tahu siapa awak,
tapi saya senang dengan awak.
awak,
saya tahu saya memang degil,
tapi awak tetap layan karenah saya,
macam budak kecil,
saya tahu saya selalu moody,
tapi awak tetap layan karenah saya,
walaupun awak busy.
awak,
awak kata kite kawan baik,
saya suka sangat bila awak cakap macam tu,
awak kata kita kawan baik tak lebih daripada tu,
saya akur dan saya faham.
awak,
awak kata awak sayang saya,
saya kata sayang awak juga,
awak kata awak sayang saya tak lebih dari seorang kawan baik,
saya akur dan saya faham.
awak,
awak kata takan lupakan saya,
saya pun takan lupakan awak,
awak kata sentiasa mengingati saya,
saya pun sentiasa ingat kat awak.
awak,
seandainya suatu hari nanti,
saya hilang macam tu jer,
harap awak faham semuanya,
tapi hati saya takan lupakan awak sampai bila-bila,
biarpun saya tak kenal awak,
dan tak tahu siapa awak,
kenangan saya dan awak takan pudar begitu jer.
No comments:
Post a Comment