Saturday, January 17, 2009

PUISI DARI "SA" - 17 Nov 2006

Setelah kita dilahirkan
cinta itu pun tumbuh membesar
lalu berkembang bagai udara mengisi setiap ruang
bagai air mengalir ke segenap lembah

Begitu hebatnya cinta
ia mengajar kita arti kejujuran
sanggup berkorban
memberi dan menerima
berjuang dan mempertahankan

Betapa kuatnya cinta
Romeo dan Juliat mati kerana cinta
tajmahal dibena kerana cinta
beribu nyawa dikorbankan
supaya wajah kekasih terpahat di mana-mana

Apakah alam ini dijadikan kerana cinta?
dan akan dimusnahkan kerana cinta?

Nov 17, 2006 7:37 PM


Kita bertemu di sini
tiba - tiba aku rasa gembira
ingin kupetik buah-buah ranum
dari pohon sahabat
Ingin ku cium semerbak harum
dari bunga sahabat

Saban hari ia bertiup padaku
sebab aku rindukan kabar
Senyum itu...memberi arti
Canda itu...melembut jiwa
rasa ini pun menjelma
diriku merasa aman
jiwaku rasa bahagia

Kesunyian pasti mengamit jika tidak bertemu
walau cuma di alam mimpi
Tapi aku yakin Ini garis pertama
dan kita tidak boleh melangkah
Kerana takdir kita. adalah
sahabat

Sahabat yang kuharap jadi cermin diri
menegur jika aku silap
membela jika aku salah
dan arti sahabat ini
hingga ke akhirnya.

Nov 17, 2006 7:39 PM


Wahai kawan…!
Apa salahnya kita bersahabat?
Saling bertukar2 tulisan
Saling bertukar2 surat
Saling bertukar2 pendapat...
Saling membaca isi luahan hati masing2
Didalam kehidupan yang serba singkat ini…?

Aku pun tahu yang engkau pun susah…!
Dan aku disini juga masih susah…!
Mengharungi pancaroba kehidupan ini
Penuh dengan seribu teka-teki…!

Wahai teman dan taulan…!
Apa salahnya kita bersahabat?
Saling bertukar2 pendapat
Sama-sama cuba mencari huraian
Kunci seribu jawapan
Dalam satu pengertian
Tentang erti sebuah keluhuran
Didalam kehidupan…
Dan sebuah kedamaian..!

Nov 17, 2006 10:30 PM

No comments: