Bicara kita pada petang itu
Mengingatkan aku pada kemesraan yang lalu
Bibit-bibit memori indah kita berdua
Nyata tidak pudar dalam ingatan ku
Teman
Masihkah kau ingat rumpunan redup
Dibawah pohonan jati
Ketika ku curahkan pada mu
Tentang kekusutan di dada ku
Dan kau jua begitu
Kita sama-sama mencari penyelesaiannya
Kita sama-sama mencari penawarnya
Nyata kau dan aku ada persamaan
Yang sukar untuk dinyatakan
Teman
Apakah akan berulang kembali
Di petang yang seterusnya
Kerana
Kau adalah sahabat, teman dan kekasih
Yang setia hingga ke akhir hayat

No comments:
Post a Comment